Isnin, 6 Mei 2019

Diari Ramadhan Anakku(1)







Alhamdulillah ramadan kali ini mencatat sesuatu yang lebih baik dari tahun sudah. Insyaaallah.



Pagi tadi seawal pukul 2 pagi sebagai ibu aku bangun memasak. Siap masak aku sambung tidur dan kunci jam telepon takut terlepas waktu bersahur



Tepat pukul 5 pagi jam yang dipasang alarm pun berbunyi. Ok tak boleh sambung tidur nanti terlajak waktu sahur .



Kami suami isteri makan dulu. Dah siap. Kejutkan budak berdua aqif dan wan. Wan dah memang sudah belajar berpuasa. Dia akan berpuasa tanpa banyak alasan. Aqif tahun ini pra. Di baru je belajar berpuasa.



Pukul dua tengah hari di cakap dia dah minum. Padahal dia bel minum lagi. Ingatkan betul lah dia dah berbuka. So aku tak kisah dia berbuka puasa. Sebab memang nak ajar mereka berpuasa tapi bukan memaksa dia berpuasa



Ramadhan kali ini aku lebih melatih anak anak untuk solat. Insyaalah dengan melatih mereka solat puasa juga mereka akan jaga.



Ada ustaz selalu berpesan. Didik anak solat sebab bila mereka solat puasa juga mereka akan jaga.



Tapi belum tentu mereka yang puasa itu sebenarnya bersolat.



Azam tahun ni nak anak anak cukup solat 5 waktu.

Doakan anak anak saya ye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REBUNG YANG BISAR DILENTUR 1

Lama sudah mahu ku coretkan cacatan kisah kisah pelajar sepanjang aku bergelar guru. Banyak pengalaman serta permerhatian aku terhadap merek...