Khamis, 25 April 2019

AMBULAN MENJERIT NYARING. KAU BOLEH BUAT TK TAHU AJE.






Pernah tak sewaktu dijalanan samaada korang tengah memandu atau duduk di bahagian penumpang.Ambulans ni no ni no berbunyi


Ya Allah sakitnya hati kalau ambulans dah betul ikut kot bontot kereta nak minta laluan boleh plak buat dono. Buat tak tahu seolah olah tiada apa yang berlaku.

Tolong lah korang. Ambil cakna bunyi siren ambulan. mungkin kat dalam ambulan tu ada  tengah nazak nak cepat sampai hospital untuk dapat rawatan segera.

Mungkin juga ada orang yang tersadai tepi jalan tunggu ambulan sampai tapi sikap kita yang buat tak tahu menyukarkan proses bantuan tiba dengan cepat dan segera

Bayangkan dalam kita belengah lengah bagi laluan. Yang tengah sakit atau nazak tu saudara kita.

Malam tadi balik dari makan tengok ada ambulan nak minta laluan. Kami bagi tapi.. yang sedihnya orang depan tak mu bagi laluan.

Sampai tempat kejadian ada yang tecedera
Dan menyedihkan ada yang meninggal.

Ingatan buat pemandu pemandu sekelian. Kalau dengar siren ambulan, polis, bomba

Bagi lah laluan. Mana tahu sedikit masa yang kita luangkan untuk bagi laluan. Mampu menyelamatkan satu nyawa.

#Ambil Cakna

Tulisan Nukilan
KJijah
Urutan Pekan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

REBUNG YANG BISAR DILENTUR 1

Lama sudah mahu ku coretkan cacatan kisah kisah pelajar sepanjang aku bergelar guru. Banyak pengalaman serta permerhatian aku terhadap merek...